Penyertaan EMZI kali ini adalah untuk meninjau potensi syarikat bagi mengembangkan perniagaan ke negara Thailand. Pada hari terakhir program, booth pameran EMZI telah dikunjungi oleh YAB Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi bin Md Nor.
Melalui program ini yang dinamakan Program Kembara Mahabbah 2.0 – Pattani, EMZI turut meluangkan masa menyantuni ulamak, menziarahi masjid-masjid dan berpeluang mengunjungi salah sebuah sekolah anak-anak yatim di Pattani. Selain itu, seramai 23 orang kakitangan EMZI turut dibawa ke Hatyai sebelum pulang ke Kedah sebagai penghargaan atas khidmat cemerlang mereka.