Overview

EMZI HOLDING SDN BHD

EMZI Holding Sdn Bhd yang ditubuhkan pada 22 Oktober 2015 adalah sebuah syarikat bumiputera muslim yang berpusat di Sungai Petani, Kedah. Syarikat ini mengorak langkah dengan menjalankan perniagaan berasaskan produk- produk kesihatan dan perkhidmatan. Selari dengan transformasi syarikat digital Revolusi Perindustrian Keempat (IR 4.0), EMZI menjadikan mekanisme e-commerce automation, hybrid digital sales, business to business dan business to customer sebagai pilihan utama dalam memasarkan produk disamping komited dalam usaha membina ekonomi negara.

EMZI kini mempunyai lebih 200 kakitangan dalam pelbagai bidang. Selaras dengan visi utama yang berwawasan, EMZI Holding terus memacu ke hadapan dan kini telah mempunyai 2 anak syarikat; EMZI Digital Sdn Bhd dan EMZI Health Science Sdn Bhd.


EMZI DIGITAL SDN BHD

EMZI Digital Sdn Bhd menumpukan perniagaan berkonsepkan e-commerce, juga menawarkan perkhidmatan teknologi dan sistem maklumat.


EMZI HEALTH SCIENCE SDN BHD

EMZI Health Science Sdn Bhd adalah anak syarikat yang memfokuskan pembuatan dan pengilangan serta logistik.