News

Jelajah Santuni Tuan Guru


SUNGAI PETANI – Pada Khamis, 6 Januari 2022, EMZI Holding Sdn Bhd (EMZI) telah menerima kunjungan hormat Duta Olive Tin, Ustaz Elyas Ismail ke ibu pejabat EMZI di sini baru-baru ini.

Kunjungan ini bertujuan untuk menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) sebagai duta Olive Tin yang rasmi sekaligus sama-sama membincangkan pendekatan untuk memantapkan gerak kerja dalam pemasaran produk Olive Tin bagi tahun 2022. Di samping itu, program ziarah ini juga dapat merapatkan lagi hubungan silaturrahim antara kedua-dua pihak. Ustaz Elyas telah diberi penerangan dan pendedahan tentang budaya dan gerak kerja di EMZI Holding yang disampaikan oleh Ketua Pengarah EMZI, Tuan Haji Faizal Zainon.

Seterusnya, Ustaz Elyas dibawa menziarahi semua cawangan EMZI di sekitar Sungai Petani. Sedikit perkongsian turut disampaikan oleh ustaz untuk menaikkan semangat dan motivasi warga EMZI dalam menjalankan kerja yang diamanahkan. Ustaz Elyas turut dibawa ke Kedah Halal Park, untuk melihat sendiri proses penghasilan produk Olive Tin di Kilang EMZI yang berkonsepkan halalan toyyiban; bersih, kemas, teratur dan suci.

Acara penutup bagi program ziarah kali ini adalah penyampaian tazkirah maghrib oleh Ustaz Elyas di Masjid Andalusia, Bandar Laguna Merbok pada malam tersebut, hasil kerjasama EMZI dan Ahli Jawatankuasa Masjid Andalusia.

Diharapkan dengan program Ziarah Mahabbah bersama Ustaz Elyas ini dapat mengeratkan lagi kerjasama yang terjalin antara Ustaz Elyas Ismail dan EMZI Holding di samping meningkatkan lagi motivasi semua staff di EMZI Holding Sdn Bhd.