Menerima Kunjungan Rasmi Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif MIDA, Encik Sivasuriyamoorthy Sundara Raja beserta Delegasi MIDA Kedah/Perlis

EMZI (9)

Sungai Petani, Kedah – Pada 6 November 2023 yang lalu, Kumpulan Syarikat EMZI telah menerima penghormatan sebagai tuan rumah kunjungan dari tetamu kehormat, Encik Sivasuriyamoorthy Sundara Raja, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) serta delegasi MIDA Kedah/Perlis yang turut terdiri daripada Pengarah MIDA Kedah/Perlis, Encik Mohd Rushdan Mohd Ghazali, dan Timbalan Pengarah MIDA Kedah/Perlis, Puan Rohani Saad.  Lawatan ini disambut dengan penuh semangat dan kemesraan oleh semua Ahli Lembaga Pengarah dan kakitangan Kumpulan EMZI.

 
 
EMZI (12)

Dalam kunjungan rasmi ini, Encik Sivasuriyamoorthy Sundara Raja secara langsung diberi peluang untuk melihat dengan lebih mendalam operasi Kumpulan Syarikat EMZI melalui lawatan ke tempat kerja kakitangan. Interaksi antara badan-badan awam dan sektor swasta seperti MIDA dan Kumpulan Syarikat EMZI adalah langkah penting dalam memupuk kerjasama serta membuka pintu kepada peluang pelaburan dan pembangunan yang besar. Kunjungan ini merupakan langkah permulaan ke arah kerjasama strategik antara Kumpulan Syarikat EMZI dan MIDA, dengan matlamat bersama untuk memajukan pertumbuhan ekonomi dan kemakmuran di rantau ini.

Privacy Preference Center