Majlis Rewang Aqiqah
Ramadhan 1443H/2022

SUNGAI PETANI – Bersempena ketibaan bulan Ramadan tahun ini, EMZI Group telah menganjurkan aktiviti rewang di EMZI Health Science pada Sabtu, 16 April 2022 bersamaan 15 Ramadan 1443H. Majlis ini telah dihadiri oleh seluruh warga EMZI Group dari setiap cawangan di Sungai Petani dan Puchong. Turut hadir ke majlis ini adalah barisan Lembaga Pengarah EMZI dan juga ketua-ketua Jabatan EMZI.

Program ini dimulakan dengan penyembelihan 3 ekor kambing sebagai aqiqah pada awal pagi di Sik, Kedah. Manakala di EMZI Health Science, Majlis Rewang Aqiqah Ramadan tersebut dimulakan dengan bacaan doa sekitar jam 10 pagi dan diikuti dengan ucapan dari Tuan Haji Faizal Zainon, Ketua Pegawai Eksekutif EMZI.

Setiap jabatan telah diberikan tugas seperti menyediakan bahan masakan, memasak nasi, memasak lauk dan pembungkusan serta pengagihan. Kemeriahan dan keriangan dapat dirasai sepanjang program tersebut sekaligus mengeratkan hubungan silaturrahim antara kakitangan EMZI. Tuan Haji Faizal sendiri telah sudi untuk memasak juadah Nasi Arab dan di akhir program ini  setiap kakitangan membawa pulang Nasi Arab Palestine, Kurma Kambing dan juga produk Susu Ajwa.

Privacy Preference Center