Sungai Petani, Kedah – Kumpulan Syarikat EMZI dengan penuh sukacita mengalukan kunjungan pihak Aryaf Taibah Resources Sdn Bhd ke Ibu Pejabat Kumpulan Syarikat EMZI dalam pertemuan jalinan ukhuwah yang telah dijadualkan pada hari Rabu, 01 November 2023. Kunjungan ini menandakan langkah awal yang penting dalam usaha kami memperkuat peluang kerjasama antara Kumpulan Syarikat EMZI dan Aryaf Taibah Resources Sdn. Bhd.
Diharapkan kunjungan kali ini telah memberikan gambaran jelas mengenai halatuju dan visi Kumpulan Syarikat EMZI yang sejajar dengan nilai-nilai yang diperjuangkan oleh Aryaf Taibah Resources Sdn. Bhd. Terima kasih yang tidak terhingga kami ucapkan atas kesudian meluangkan waktu bersama Kumpulan Syarikat EMZI, dan diharapkan pertemuan ini akan menjadi titik tolak yang cemerlang untuk kerjasama yang penuh kejayaan di masa hadapan.
Copyright © 2022 All rights reserved