Sungai Petani, Kedah – Pada hari Rabu, 01 November 2023, Ibu Pejabat Kumpulan Syarikat EMZI dengan sukacitanya menerima kunjungan hormat daripada Al-Fadhil Ustaz Hj Jafri Abu Bakar Mahmoodi, Pendakwah & Pengerusi Kompleks Islam Darul Faizin. Kunjungan ini telah disambut mesra oleh semua Ahli Lembaga Pengarah Kumpulan Syarikat EMZI.
Kunjungan hormat ini bukan hanya memperkenalkan kedua belah pihak, tetapi juga membuka pintu kepada peluang kerjasama dan kolaborasi di antara Kumpulan Syarikat EMZI dengan inisiatif dan projek yang diwakili oleh Ustaz Jafri. Diharapkan kunjungan ini akan membuka lembaran baru bagi kerjasama yang bermanfaat di masa depan dan mencipta solusi yang inovatif.
Copyright © 2022 All rights reserved