Ziarah Mahabbah
Ustaz Elyas Ismail

SUNGAI PETANI – Pada Khamis, 6 Januari 2022, EMZI Holding Sdn Bhd (EMZI) telah menerima kunjungan hormat Duta Olive Tin, YBhg. Ustaz Elyas Ismail ke ibu pejabat EMZI di sini baru-baru ini untuk meninjau operasi dan membincangkan pendekatan untuk memantapkan gerak kerja pemasaran produk Olive Tin bagi tahun 2022. Melaui kunjungan ini juga YBhg. Ustaz juga dapat melihat dari dekat kerja-kerja yang telah dijalankan di EMZI terutamanya dari aspek pemasaran produk-produk EMZI. Ustaz Elyas telah diberi penerangan dan pendedahan tentang budaya dan gerak kerja di EMZI Holding yang disampaikan oleh Ketua Pengarah EMZI, Tuan Haji Faizal Zainon.

Seterusnya, Ustaz Elyas telah dibawa menziarahi semua cawangan EMZI di sekitar Sungai Petani dan berkesempatan untuk memberikan motivativasi serta semangat kepada warga EMZI dalam menjalankan kerja yang diamanahkan. Ustaz Elyas turut dibawa ke Kedah Halal Park untuk melihat sendiri proses penghasilan produk Olive Tin di Kilang EMZI yang berkonsepkan halalan toyyiban.  Acara penutup bagi program ziarah ini adalah penyampaian tazkirah maghrib oleh Ustaz Elyas di Masjid Andalusia, Bandar Laguna Merbok dengan kerjasama EMZI dan Ahli Jawatankuasa Masjid Andalusia.

Diharapkan dengan program Ziarah Mahabbah bersama Ustaz Elyas ini dapat mengeratkan lagi kerjasama yang terjalin antara Ustaz Elyas Ismail dan EMZI Holding di samping meningkatkan lagi motivasi semua staff di EMZI Holding Sdn Bhd.

6
14
22

Privacy Preference Center