Pattani, Thailand – Pada 29 Jun – 3 Julai 2022 yang lalu, EMZI Group telah menyertai ASEAN Halal Expo 2022 yang bertempat di ASEAN Mall, Pattani, Thailand..
Penyertaan EMZI kali ini adalah untuk meninjau potensi syarikat bagi mengembangkan perniagaan ke negara Thailand. Pada hari terakhir program, booth pameran EMZI telah dikunjungi oleh YAB Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi bin Md Nor.