IPOH – Pada Khamis 21 Julai yang lalu, EMZI Group telah mengunjungi YBhg. Dato’ Ustaz Kazim Elias di Pusat Pendidikan Al-Barakah, Ipoh, Perak. Kesemua 6 orang Pengarah beserta 7 orang kakitangan EMZI dari pelbagai jabatan yang menyertai rombongan ini berkumpul di EMZI Health Science dan bertolak ke sana pada jam 8.00 pagi.
Kunjungan ini bertujuan untuk menziarahi YBhg. Dato’ dan warga pondok Pusat Pendidikan Al-Barakah. Di samping itu, kunjungan ziarah ini juga adalah untuk membincangkan tentang kerjasama antara YBhg. Dato’ Ustaz Kazim Elias dan EMZI berkenaan produk Kopi Ala Kazim. Melalui kerjasama ini, EMZI Group akan mengeluarkan dan memasarkan produk Kopi Ala Kazim ini kepada para pengguna di seluruh negara.
Sebelum pulang ke Sungai Petani, EMZI telah menyampaikan 17 karton bersamaan 1,000 unit Kopi Ala Kazim kepada Koperasi Al-Barakah. Adalah diharapkan kunjungan ini dapat mengeratkan lagi kerjasama yang terjalin antara YBhg. Dato’ Ustaz Kazim Elias bersama EMZI Group.
Copyright © 2022 All rights reserved