Majlis Perasmian Ibu Pejabat Kumpulan Syarikat EMZI oleh YAB Menteri Besar Negeri Kedah

EMZ09523

Sungai Petani, Kedah – Pada 16 Oktober 2023 yang lalu, Majlis Perasmian Ibu Pejabat Kumpulan Syarikat EMZI telah berlangsung di Kompleks SP Plaza, Sungai Petani dan telah dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi bin Md Nor, Menteri Besar Negeri Kedah. Acara Perasmian ini turut diserikan dengan kehadiran barisan kenamaan termasuk Yang Berhormat Dr. Haim Hilman Bin Abdullah, Pengerusi Jawatankuasa  Industri dan Pelaburan, Encik Ilias bin Shuib, Pegawai Daerah Kuala Muda, Yang Berbahagia Dato’ Haji Muhamad Arof bin Darus, Yang DiPertua Majlis Perbandaran Sungai Petani, Yang Berbahagia Dato’ Paduka Ammar bin Dato’ Shaikh Mahmood Naim, Penaung Thobrani Dakwah Centre, Tuan Haji Hakim Ariff bin Md Noor, Ketua Pegawai Pentadbiran dan Kewangan PKNK dan lain-lain. Majlis ini juga turut dihadiri oleh 500 orang kakitangan Kumpulan Syarikat EMZI termasuk kakitangan EMZI di cawangan Selangor dan Pulau Pinang.

 

EMZ09340

Selaras dengan visi dan misi syarikat,  EMZI terus mengorak langkah dengan penubuhan 7 anak syarikat di bawah syarikat induknya EMZI Holding Sdn. Bhd. Mulai Februari 2023, EMZI telah memindahkan operasinya ke Menara SP Plaza, Sungai Petani bagi menampung jumlah kakitangan yang semakin meningkat (jangkaan 700 orang menjelang hujung tahun 2023). EMZI bagaimanapun mengekalkan operasi kilang EMZI di Kedah Halal Park dan cawangan operasi EMZI di Puchong, Selangor.

Majlis Perasmian hari ini akan membuka satu lembaran baru kepada EMZI dalam mengorak langkah ke arah kecemerlangan dan kejayaan untuk Kumpulan Syarikat EMZI serta seluruh kakitangan EMZI.

Privacy Preference Center