KUNJUNGAN YBHG.
DATO’ USTAZ KAZIM ELIAS

SUNGAI PETANI – Pada Jumaat bersamaan 4 Mac 2022 yang lalu, EMZI Health Science Sdn. Bhd telah menerima kunjungan hormat dari Dato’ Ustaz Kazim Elias. Rombongan ke kilang EMZI ini turut dihadiri oleh beberapa wakil dari pihak pengurusan Pusat Pendidikan Al-Barakah yang terdiri daripada Puan Jasmin, Puan Hajah Rosnah, Cik Nor Yusnita, Encik Nor Faeezulkhairi, Isa Farouk dan Encik Baharuddin Musa.

Kunjungan ini bertujuan untuk membincangkan potensi kerjasama dan pengeluaran produk baru EMZI iaitu Kopi Ala Kazim di kilang EMZI di Kedah Halal Park, Sungai Petani. Di samping itu, kunjungan ziarah ini juga dapat merapatkan lagi hubungan silaturrahim antara kedua-dua pihak. YBhg. Dato’ Ustaz Kazim juga telah diberikan penerangan dan pendedahan tentang operasi dan gerak kerja di EMZI Group yang disampaikan oleh Ketua Eksekuti EMZI Group, Tuan Haji Faizal Zainon.

Seterusnya, Dato’ Ustaz Kazim dibawa menunjau ke bahagian operasi untuk melihat sendiri proses penghasilan produk Olive Tin dan juga-juga produk lain EMZI. Beliau turut dibawa ke bahagian pengeluaran untuk meninjau proses pembungkusan dan penghantaran barang di EMZI. Adalah diiharapkan kunjungan YBhg. Dato’ Ustaz Kazim dan pihak pengurusan Pusat Pendidikan Al-Barakah ini dapat mengeratkan lagi kerjasama yang terjalin bersama EMZI Group.

Privacy Preference Center